Bahasa mElayu
144
6
Tempatkan Sistem Pembersih Jet kembali pada ruang pembersihan (Gamb. 33).
Pastikan butang pelepas klik kembali di tempatnya.
menggunakan sistem pembersih Jet
Nota: Jika anda menggunakan pencukur dengan busa cukur atau gel cukur, kami menasihatkan anda agar membilasnya di bawah air paip panas
sebelum anda membersihkannya di dalam Sistem Pembersih Jet. Ini menjamin jangka hayat optimum bagi cecair pembersih tersebut.
1
Tekan pencukur dengan ketat ke dalam pemegang untuk menguncinya di tempatnya.
Paparan menunjukkan bahawa pencukur sedang dicas (lihat bab 'Paparan').
,
2
RQ1008: Tekan butang atas/bawah untuk memilih program pembersihan.
3
Tekan butang hidup/mati pada Sistem Pembersih Jet untuk memulakan program pembersihan. (Gamb. 34)
Paparan pencukur berhenti menunjukkan penunjuk pengecasan.
,
Lampu pembersihan mula berkelip dan pencukur secara automatik diturunkan ke dalam cecair pembersihan (Gamb. 35).
,
Lampu pembersihan akan berkelip sepanjang program pembersihan, yang mengambil masa beberapa minit.
,
Nota: RQ1007: Program pembersihan mengambil masa 4 hingga 6 minit.
Nota: RQ1008: Program pembersihan auto dan eko mengambil masa 4 hingga 6 minit. Program intensif mengambil masa lebih kurang 35 minit.
Semasa fasa pertama program pembersihan, pencukur secara automatik akan hidup dan mati beberapa kali dan bergerak naik dan turun.
,
Semasa fasa kedua program pembersihan, pencukur diletakkan pada kedudukan pengeringan, seperti yang ditunjukkan oleh simbol
,
pengeringan yang berkelip. Fasa ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Pencukur tetap berada pada kedudukan ini sehingga akhir
program. (Gamb. 36)
Nota: RQ1008: Fasa pengeringan mengambil masa 1 jam jika anda memilih program eko.
Selepas program pembersihan, penunjuk pengecasan akan muncul pada paparan pencukur (lihat bab 'Paparan').
,
Nota: Jika anda menekan butang hidup/mati Sistem Pembersih Jet semasa program pembersihan sedang berjalan, program akan terbantut. Dalam
keadaan ini, lampu pembersihan atau pengeringan akan berhenti berkelip dan pemegang akan bergerak ke kedudukan tertinggi.
Nota: Jika anda menanggalkan penyesuai daripada soket dinding semasa program pembersihan sedang berjalan, program akan terbantut.
Pemegang akan tetap kekal pada kedudukan semasa. Apabila anda memasukkan penyesuai kembali ke dalam soket dinding, pemegang akan
bergerak ke kedudukan tertinggi.
-
Apabila cecair pembersihan turun lebih rendah daripada paras minimum, simbol 'ruang pembersihan kosong' mula berkelip dan pemegang
akan kembali pada kedudukan permulaan (Gamb. 37).
-
Jika anda menggunakan mesin cuci untuk membersihkan pencukur anda setiap hari, anda hendaklah mengisi semula ruang pembersihan
anggaran setiap 15 hari.
membersihkan sistem pembersih Jet
Bersihkan ruang pembersihan setiap 15 hari.
Anda boleh mengelap bahagian luar Sistem Pembersih Jet dengan kain lembap.
1
Tekan butang pelepas pada kedua-dua belah Sistem Pembersih Jet serentak (1). Kemudian angkat Sistem Pembersih Jet keluar daripada
ruang pembersihan (2). (Gamb. 31)
Ruang pembersihan kekal di situ.
,
2
Tuang sebarang baki cecair pembersihan keluar daripada ruang pembersihan. (Gamb. 38)
Anda juga boleh menuangkan cecair pembersihan ke dalam sink.
3
Bilas ruang pembersihan di bawah paip (Gamb. 39).
Ruang pembersihan tidak kalis mesin basuh pinggan.
4
Isi ruang pembersihan dengan cecair pembersihan HQ200 ke paras di antara dua garisan (Gamb. 32).
5
Tempatkan Sistem Pembersih Jet kembali pada ruang pembersihan. (Gamb. 33)
Pastikan butang pelepas klik kembali di tempatnya.
kaedah pembersihan lebih menyeluruh
Pastikan perkakas dimatikan.
1
Tarik lurus unit pencukur keluar daripada pencukur (Gamb. 23).
Nota: Jangan putar unit pencukur ketika anda sedang menariknya keluar daripada pencukur.
2
Tarik hingga terbuka tiga kepala pencukur, satu demi satu (Gamb. 40).
3
Tekan tab pelepas penahan (1) sehingga penahan terbuka (2) (Gamb. 41).
Nota: Jangan bersihkan lebih daripada satu pemotong dan pelindung pencukur sekali gus, kerana kesemuanya merupakan set sepadan. Jika tanpa
sengaja anda memasukkan pemotong ke dalam pelindung pencukur yang salah, prestasi pencukuran yang optimum mungkin hanya akan dipulihkan
dalam masa beberapa minggu.
4
Keluarkan pemotong daripada pelindung pencukur. (Gamb. 42)
5
Bersihkan pemotong dengan berus yang dibekalkan (Gamb. 43).
6
Bersihkan bahagian dalam pelindung pencukur. (Gamb. 44)
7
Selepas membersihkannya, tempatkan pemotong kembali ke dalam pelindung pencukur dengan kaki pemotong menunjuk ke
bawah. (Gamb. 45)
8
Tekan penahan ke bawah di atas pemotong (Gamb. 46).
9
Tutup kepala pencukur.
10
Masukkan cuping unit pencukur ke dalam slot di bahagian atas pencukur (1). Kemudian tekan unit pencukur ke bawah (2) untuk
memasangnya pada pencukur ('klik') (Gamb. 25).