Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Untuk Penggunaan Yang Selamat - Car Mate Ailebebe KURUTTO 4S Handbuch

Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 84
Jika langkah berjaga-jaga berikut tidak dipatuhi, kanak-kanak mungkin menghadapi risiko
tercedera atau kematian, dan kemalangan kerosakan mungkin akan berlaku.
Langkah berjaga-jaga semasa pemasangan kerusi kanak-kanak
Jangan menggunakannya di dalam kereta
atau tempat duduk penumpang yang tidak
sesuai untuk pemasangan.
• Kerusi kanak-kanak ini mesti dipasang
dengan betul di dalam kenderaan yang boleh
menampungnya dan digunakan dengan betul.
Jika tidak, prestasinya mungkin akan terjejas. Jika
anda memasangnya di dalam kenderaan lain pada
masa hadapan, jangan lupa untuk memeriksa
kesesuaian kenderaan tersebut sekali lagi.
Jangan memasang atau menanggalkan kerusi
kanak-kanak semasa kenderaan sedang bergerak.
• Hentikan kenderaan dan kemudian pasangkannya.
Jangan menggunakan kerusi kanak-kanak
pada tempat duduk penumpan g yang
dilengkapi dengan beg udara.
• Beg udara berisiko mengakibatkan kecederaan
serius atau kematian kanak-kanak di kerusi
kanak-kanak, kerana beg udara mengenakan
tekanan yang tinggi apabila terbuka. Jika beg
udara dapat dinyahaktifkan, lakukannya selaras
dengan arahan yang terdapat dalam manual
kenderaan milik pengguna. (Tempat duduk
yang mempunyai hanya beg udara sisi atau
beg udara tirai boleh digunakan.)
Jangan memasang kerusi kanak-kanak pada
tempat duduk penumpang bahagian hadapan.
• Ini lebih bahaya berbanding dengan tempat
duduk penumpang bahagian belakang
dalam keadaan berlakunya pelanggaran.

Untuk penggunaan yang selamat

A
Jangan menggelongsorkan atau menurunkan
tempat duduk penumpang yang telah
dipasangkan dengan kerusi kanak-kanak.
• Tindakan ini mungkin melonggarkan tali
pinggang keledar, yang akan menyebabkan
kerusi kanak-kanak tidak dapat ditetapkan
tempat dengan selamat.
Pastikan penghenti tidak dilonggarkan atau
dipintal.
• Kerusi kanak-kanak tidak dapat dipasang
dengan betul dan selamat.
Bukakan kancing kenderaan daripada
pemegangnya apabila anda memasang kerusi
kanak-kanak ini.
• Jika tidak, ia tidak dapat dipasang dengan
betul dan selamat.
Jangan memasang kerusi kanak-kanak
pada tempat duduk penumpang yang akan
menjadi halangan bagi penumpang lain ketika
kecemasan (tempat duduk di bahagian pintu
masuk kenderaan berpintu tunggal, dll).
• Kerusi kanak-kanak ini mungkin akan
menghalang usaha menyelamatkan diri
ketika dalam kecemasan.
Kerusi kanak-kanak mungkin akan
meninggalkan kesan pada tempat duduk
selepas ditanggalkan.
4 (MS)
EN
FR
RU
ES
DE
IT
MS
JA

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis