Herunterladen Diese Seite drucken

Menghidupkan Dan Mematikan Jabra Halo Anda; Jadikan Jabra Halo Anda Berpasangan - Jabra HALO Bedienungsanleitung

Werbung

MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN JABRA HALO
ANDA
Membuka lipatan pembesar suara telefon akan menghidupkannya .
Melipat pembesar suara telefon akan mematikannya .
- Untuk melipat: Panjangkan pembesar suara telefon pada
engsel (3) dengan berhati-hati dan lipat . Kini, pembesar suara
telefon akan mudah dilipat menjadi saiz padat .
- Untuk membuka lipatan: Buka lipatan pembesar suara telefon
dengan berhati-hati dan kunci engsel pada tempatnya .
Pembesar suara telefon akan dimatikan secara automatik selepas
10 minit jika tidak disambungkan kepada peranti .

JADIKAN JABRA HALO ANDA BERPASANGAN

DENGAN TELEFON ATAU PERANTI LAIN
Pembesar suara telefon disambungkan kepada telefon atau
peranti Bluetooth lain menggunakan prosedur yang dipanggil
'berpasangan' . Dengan mengikuti beberapa langkah mudah,
berpasangan boleh dilakukan dalam beberapa saat .
1. Letakkan pembesar suara telefon dalam mod berpasangan
1 .a . Berpasangan untuk kali pertama
- Lipat dan buka lipatan pembesar suara telefon dan Jabra HALO
akan memasuki mod berpasangan secara automatik (lampu
penunjuk (5) adalah biru padu) dan mula menggelintar peranti .
1 .b . Berpasangan kemudian
- Tekan dan tahan butang Jawab/Tamat (1) sehingga lampu
penunjuk (5) berwarna biru padu (kira-kira 4 saat) .
2. Setkan Bluetooth telefon atau peranti anda untuk menggelintar
Jabra HALO
- Ikuti panduan arahan telefon anda . Pertama sekali, pastikan
Bluetooth tersebut diaktifkan pada telefon mudah alih anda .
Kemudian, setkan telefon anda untuk menggelintar pembesar
suara telefon . Ini selalunya melibatkan untuk pergi kepada
menu 'persediaan' , 'sambung' atau 'Bluetooth' pada telefon
anda dan memilih pilihan untuk mencari atau 'tambah' peranti
Bluetooth .*
* Rujuk kepada manual
pengguna telefon
JABRA HALO
5

Werbung

loading