Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Bissell CROSSWAVE CORDLESS 2582 Benutzerhandbuch Seite 77

Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 38
Jaminan Pengguna
Jaminan ini hanya terpakai di luar Amerika Syarikat dan Kanada. Ia
disediakan oleh BISSELL International Trading Company B.V. ("BISSELL").
Jaminan ini disediakan oleh BISSELL. Ia memberikan anda hak yang tertentu.
Ia ditawarkan sebagai manfaat tambahan kepada hak anda di bawah
undang-undang. Anda juga mempunyai hak-hak yang lain di bawah
undang-undang yang mungkin berbeza-beza mengikut negara. Anda boleh
mengetahui hak undang-undang dan remedi anda dengan menghubungi
perkhidmatan nasihat pengguna di tempat anda. Tiada perkara dalam
Jaminan ini akan menggantikan atau mengurangkan sebarang hak undang-
undang atau remedi anda. Jika anda memerlukan arahan tambahan
berkenaan Jaminan ini atau mempunyai soalan berkenaan perlindungannya,
sila hubungi Penjagaan Pelanggan BISSELL atau hubungi pengedar di tempat
anda.
Jaminan ini diberikan kepada pembeli asal produk daripada baharu dan
tidak boleh dipindah milik. Anda mesti menunjukkan bukti tarikh pembelian
untuk membuat tuntutan di bawah Jaminan ini.
Jaminan Terhad 2 Tahun
(dari tarikh pembelian oleh pembeli asal)
Tertakluk kepada *PENGECUALIAN DAN KETAKMASUKAN yang dikenal pasti
di bawah, BISSELL akan membaiki atau menggantikan (dengan komponen
atau produk baharu, diperbaharui, terpakai sedikit atau diperbuat semula),
mengikut pilihan BISSELL, secara percuma, mana-mana bahagian atau
produk yang rosak atau pincang tugas.
BISSELL mengesyorkan bungkusan asal dan bukti tarikh pembelian
disimpan selama tempoh Jaminan agar dapat digunakan sekiranya berlaku
tuntutan terhadap Jaminan tersebut dalam tempoh berkenaan. Menyimpan
bungkusan asal akan membantu sebarang keperluan pembungkusan
semula dan pengangkutan tetapi bukan syarat Jaminan.
Jika produk anda digantikan oleh BISSELL di bawah Jaminan ini, item baharu
akan menerima manfaat daripada baki tempoh Jaminan (dikira dari tarikh
pembelian asal). Tempoh Jaminan ini tidak akan dilanjutkan tanpa mengira
sama ada produk anda dibaiki atau digantikan atau tidak.
Penjagaan Pengguna
Jika produk BISSELL® anda memerlukan servis atau untuk membuat tuntutan di bawah
jaminan terhad kami, sila hubungi kami melalui cara berikut:
Laman Web:
www.BISSELL.com
Lawati laman web BISSELL: www.BISSELL.com
Apabila menghubungi BISSELL, sediakan nombor model pembersih.
Sila rekodkan Nombor Model anda:
Sila rekodkan Tarikh Pembelian anda:
CATATAN: SILA SIMPAN RESIT JUALAN ASAL ANDA. IA MENJADI BUKTI TARIKH
PEMBELIAN SEKIRANYA BERLAKU TUNTUTAN JAMINAN. LIHAT JAMINAN UNTUK
MENDAPATKAN BUTIRAN.
*PENGECUALIAN DAN KETAKMASUKAN DARIPADA SYARAT-SYARAT JAMINAN
Jaminan ini digunakan untuk produk yang digunakan bagi tujuan domestik
peribadi dan bukan bagi tujuan perdagangan atau sewa. Komponen guna
habis seperti penapis, tali dan pad mop yang perlu digantikan atau diservis
oleh pengguna dari masa ke masa tidak dilindungi oleh Jaminan ini.
Jaminan ini tidak boleh digunakan untuk apa-apa kerosakan yang berlaku
akibat haus dan lusuh. Kerosakan atau pincang tugas yang disebabkan
oleh pengguna atau mana-mana pihak ketiga, sama ada akibat daripada
kemalangan, kecuaian, penyalahgunaan, pengabaian atau kegunaan yang
lain tidak mengikut Panduan Pengguna adalah tidak dilindungi oleh Jaminan
ini.
Pembaikan yang tidak dibenarkan (atau cubaan pembaikan) akan
membatalkan Jaminan ini sama ada berlakunya kerosakan atau tidak akibat
daripada pembaikan/cubaan tersebut.
Menanggalkan atau mengubah Label Penarafan Produk pada produk atau
menyebabkannya tidak boleh dibaca akan membatalkan Jaminan ini.
SEPERTI YANG DITETAPKAN DI BAWAH, BISSELL DAN PENGEDARNYA
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG
TIDAK DIJANGKA ATAU KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU LANJUTAN DALAM
APA-APA BENTUK YANG BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN PRODUK INI
TERMASUK TANPA HAD TERHADAP KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN
PERNIAGAAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN PELUANG, KESEDIHAN,
KESULITAN ATAU KEKECEWAAN. SEPERTI YANG DITETAPKAN DI BAWAH,
TANGGUNGJAWAB BISSELL TIDAK AKAN MELEBIHI HARGA PEMBELIAN PRODUK.
BISSELL tidak mengecualikan atau mengehadkan kewajipannya dalam
apa-apa cara untuk (a) kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan
oleh kecuaian kami atau kecuaian pekerja, ejen atau subkontraktor kami; (b)
penipuan atau salah nyata penipuan; (c) atau untuk apa-apa perkara lain
yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan di bawah undang-undang.
E-mel:
asia.marketing@bissell.com
61

Quicklinks ausblenden:

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Diese Anleitung auch für:

Crosswave cordless 2588

Inhaltsverzeichnis