PENTING - Pastikan barbeku diletakkan di atas
tapak yang rata, mendatar bagi memudahkan
lemak/gris mengalir.
Jangan guna barbeku di ruang yang terkurung dan/
atau dihuni cth. rumah, khemah, karavan, rumah
bergerak, bot. Bahaya kematian akibat keracunan
karbon monoksida.
SENARAI CIRI-CIRI
Penomboran ciri produk seperti yang ditunjukkan
merujuk pada ilustrasi barbeku pada muka surat
grafik.
1.
Gril masak
2.
Lubang
3.
Dulang arang
4.
Badan barbeku.
ARAHAN PENGGUNA
Sebelum meneruskan, pastikan yang anda faham
kenyataan AMARAN di dalam manual ini.
Jangan sesekali menggunakan sebarang alat
masakan di atas permukaan gril masak (1) bagi
mengelakkan permukaan menjadi rosak.
Penyediaan sebelum memasak - Bagi mengelakkan
makanan daripada melekat pada gril masak,
gunakan berus dengan pemegang yang panjang
untuk menyapukan sedikit salutan minyak masak
atau sayuran sebelum setiap sesi barbeku.
Nota: Semasa memasak menggunakan barbeku
anda buat pertama kali, cat pada bahagian luar
barbeku mungkin berubah sedikit, akibat suhu
yang tinggi. Ini adalah normal dan sememangnya
dijangkakan.
Menyalakan barbeku
Tempatkan lapisan arang yang sekata kira-kira 3.4
sm / se dalam 1.2 - 1.6 di atas dulang arang.
Sapukan gel nyalaan pada arang dengan berhati-
hati.
Nyalakan arang dengan penirus yang panjang atau
mancis.
Apabila api mula malap, periksa yang arang mula
menyala merah.
Disarankan agar arang kekal merah untuk kira-kira
selama 30-40 minit sebelum memasak di atas
barbeku.
Jangan mula masak sehingga terdapat salutan abu
kelabu pada arang.
Selesai Sesi Memasak
Gunakan kain yang lembap dengan air suam
berserta cecair pencuci untuk membersihkan
barbeku. Jangan gunakan bahan yang mengakis.
Barbeku akan rosak jika pencuci yang
mengakis atau objek tajam digunakan untuk
membersihkannya.
Keselamatan Makanan
Sila baca dan patuhi nasihat ini apabila memasak
barbeku anda:
•
Sentiasa cuci tangan anda sebelum dan
selepas mengendalikan daging mentah dan
sebelum makan.
•
Sentiasa letakkan daging mentah jauh
daripada daging masak dan makanan lain.
•
Sebelum memasak, pastikan permukaan gril
barbeku serta peralatannya bersih dan bebas
daripada sisa makanan lama.
•
Jangan gunakan peralatan yang sama untuk
mengendalikan makanan yang telah dimasak
dan belum dimasak.
•
Pastikan semua daging dimasak sepenuhnya
sebelum menikmatinya.
•
Untuk mengelakkan risiko daging tidak masak
sepenuhnya, belah daging untuk memastikan
bahagian dalamnya masak.
•
Masakan awal untuk daging yang lebih besar
disyorkan sebelum anda memasaknya di atas
barbeku.
•
Selepas memasak di atas barbeku anda,
sentiasa bersihkan permukaan gril memasak
dan peralatan.
Penjagaan, Penyenggaraan dan Storan
•
Bersihkan barbeku anda dengan kerap di
antara penggunaan dan terutamanya selepas
disimpan lama.
•
Pastikan barbeku dan komponennya cukup
sejuk sebelum dibersihkan.
•
Jangan sesekali menyimbah barbeku dengan
air apabila permukaannya panas.
•
Jangan sesekali mengendalikan bahagian yang
panas dengan tangan yang tidak beralas.
•
Jangan biarkan barbeku anda terdedah
apabila tidak digunakan. Simpan barbeku
anda di dalam bangsal atau garaj apabila tidak
digunakan untuk mengelakkan kesan cuaca,
terutamanya jika anda tinggal berdekatan
kawasan pantai.
•
Pendedahan berterusan kepada cahaya
matahari, air, udara laut/air laut boleh
menyebabkan kerosakan kepada barbeku
anda. (Penutup mungkin tidak cukup untuk
melindungi barbeku anda dalam sesetengah
situasi ini.)
•
Bagi memanjangkan hayat dan mengekalkan
keadaan barbeku anda, kami mengesyorkan
anda menutupnya dengan sarung apabila
dibiarkan di luar bangunan, tanpa mengira
berapa lama ia berada di luar, terutamanya
ketika bulan musim sejuk.
•
Sebelum barbeku disimpan, pastikan semua
baki abu atau arang dibersihkan.
71